Gelaran diraja Che Puan Besar Kalsom Abdullah

Setelah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Ahmad Shah pada 14 Mac 1991, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Berbahagia Che Puan Kalsom Abdullah.

Pada 30 September 1992, baginda telah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah oleh paduka suaminya KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Selepas kemangkatan suaminya pada 22 Mei 2019, anakanda tirinya Al-Sultan Abdullah telah berkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah kepada baginda pada 15 Ogos 2019.[1] Gelaran ini diperuntukan kepada balu Almarhum Sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).